Isnin, 13 Oktober 2008

Selamat Datang

PENDAHULUAN

Sirih atau piper betel sp. merupakan herba pusaka warisan bangsa yang sangat unik diguna di dalam setiap majlis adat istiadat Melayu begitu juga dalam perubatan tradisional Melayu. Sirih diterima oleh emua golongan untuk membolehkan ia berada di mana sahaja di kampung atau kota samada semasa berduka atau bergembira. Kini, melalui kajian saintifik, dibuktikan herba ini mengandungi komponen-komponen aktif yang sangat tinggi nilainya seperti antioksidan, favournoid, plyphenol, hydroxyl cavicol, astrigen, sialagoga, ekspektoran, euginol dan banyak lagi yang penting dalam bidang perubatan herba.

PENGENALAN

Sireh Emas Marketing Sdn Bhd ditubuhkan pada awal Julai 2002. Ianya terbentuk dari penglibatan, pengkajian, dan membuat soal selidik bentuk perniagaan yang boleh dibina dan dikongsi bersama dengan usahawan lain.

Satu rangkaian syarikat yang memiliki kekuatan dari segi modal, tenaga professional dan pengalaman yang tidak boleh dipertikaikan lagi yang akan memastikan Sireh Emas Marketing dan usahawan gabungannya berjaya mencapai matlamat iaitu kejayaan yang gemilang dalam perniagaan.

…misi
Mewujudkan empayar perniagaan dan melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berdaya tahan serta menguasai pemasaran pelbagai produk diarena antarabangsa.

…visi
Melahirkan seberapa ramai usahawan yang mahu merasai kepuasan, kepercayaan, kesetiaan dengan berkongsi komitmen melalui penyediaan latihan, bimbingan, panduan dan pelan perniagaan yang mudah, berkesan dan menyeronokkan untuk mencapai kecemerlangan.

Sireh Emas Marketing adalah syarikat yang memproses dan mengiklankan produk serta memasarkan sendiri produk-produk terus kepada stokis negeri, stokis daerah, outlet dan kepada pengedar.

HASIL KAJIAN

Produk Sireh Emas lulus pengujian yang dijalankan untuk Primary Skin Irritation Test according to the regulations of the Consumer Product Safety Commision, Title 16, Chapter II, Part 1500 dan pengujian untuk Chemical Analysis menggunakan kaedah Atomic Absorption Spectrophotometer. Pengujian-pengujian produk Sireh Emas dijalankan di School of Pharmaceutical Sciences, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

SOKONGAN KAJIAN

Memperolehi Sijil ISO 9001 : 2000 daripada URS (United Registar of System Ltd), UK. Terhadap mutu pengilangan dan perkhidmatan pengedaran.

Pihak pengurusan Sireh Emas Marketing dari masa ke semasa membuat promosi dan iklan di media cetak dan elektronik bagi mempromosikan produk keluaran Sireh Emas Marketing agar dikenali ramai. Promosi ini akan membantu para usahawan untuk lebih mudah mengedar produk –produk Sireh Emas Marketing dan mencapai kejayaan dengan lebih cepat.

Sepanjang penglibatan Sireh Emas Marketing Sdn. Bhd. dalam industri ini pihak kami telah berjaya mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari pelbagai pihak dan mendapat liputan yang meluas dari akhbar dan majalah tempatan.

Syarikat ini juga telah mendapat kerjasama dan bimbingan dari pelbagai agensi kerajaan dan IPTA seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, bank Pembangunan Insfruktur Malaysia, MARA, MARDI, UPM, dan USM.

Keupayaan dan produk kami sering juga di siarkan di dalam akhbar tempatan dan majalah-majalah. Ia berjaya mendapat liputan meluas di media –media elektronik khususnya di akhbar-akhbar, majalah dan radio.

Sireh Emas Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat penganjur usahawan berdaftar dan berlesen. Produk-produk Sireh Emas telah melalui ujian makmal dan telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia.

Dengan kerjasa dan semangat dedikasi yang ditunjukkan oleh semua kakitangan, Sireh Emas Marketing telah terpilih untuk menerima anugerah Usahawan Bumiputra Cemerlang 2005 Pulau Pinang bagi kategori Industri Pembuatan dan Perkilangan.

Jenama Sireh Emas TM
Bagi menjamin kualiti produk, syarikat telah mendaftarkan jenama Sireh Emas dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk mendapatkan Trade Mark dengan no 03014294 kelas 3 bagi mengelakkan sebarang peniruan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jaminan kualiti dan keselamatan pengguna
Untuk tujuan ini syarikat menjalankan pengujian kualiti di Makmal Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia dan juga Makmal Pengujian di SIRIM serta juga mendaftarkan setiap produk dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.




Alamat syarikat
SIREH EMAS MARKETING SDN BHD
No. 9-11, Blok B, Jalan Saujan Indah 8,
Kompleks Kilang SME Bank Shah Alam,
Taman Perindustrian Saujana Indah,
40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon
03-78422558

Faksimili
03-78422557

Email
info@sirehemas.com

Website
http://www.sirehemas.com

Tiada ulasan: